since 15 July 2009.


Catch me when i'm falling, baby(:


I LOVE YOU MUHAMMAD HAFIQ!
Friday, August 1
{ 1.8.08 on '290508 '' }


apakah kesalahan yang ku buat kepadamu ? sehingga persahabatan kita menjadi sebegini . aku sedar siapa diriku di sisimu, namun aku tidak sedar kata-kata manismu telah membawaku kembali ke asmara cinta . cinta yang kian berputik semenjak hari pertama ku mengenal dirimu . cinta pandang pertama ? mungkin rasa-rasanya . aku tidak kisah walaupun kau jauh di mataku, yang penting kau tetap dekat di hatiku . tetapi, aku tidak sangka dan pasrah . kau sanggup mempermainkan dan mendustai cintaku ? mengapa ini semua harus berlaku ? kau pernah berjanji kepadaku yang kau tidak sanggup kehilanganku di sisimu . kau ingin sentiasa bersamaku, dan perkataan "selamat tinggal" umpama kau akan kehilanganku untuk selama-lamanya . aku masih berpegang teguh kepada janji kita . aku masih menunggu kehadiranmu . kau tidak tahu, setiap malam butir-butir kaca emas mengalir di pipi gebuku ini . ini semua keranamu, atas kejujuranku dalam cinta . atas nama cinta, aku rela merana . tapi kini, ku tahu itu semua hanya sia-sia sahaja . kau dan aku tidak mungkin dapat bersama . kini, aku sudah tidak mahu tangisi akan dirimu . kerana ku tahu kau sedang bersuka ria bersama gadis-gadis di luar sana . jangan kau inginkan ku kembali dalam dirimu, apabila aku sudah pergi nanti . jangan kau ungkapkan kata-kata cinta yang sudah pudar daripada hatiku nanti . kau tetap ku simpan di hati, dan kini kau hanyalah sebuah memori . selamat tinggal, relakan ku pergi .

Labels:





MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com